Horror Stories by Tunku Halim

Assalamualaikum wbt & hi there. Actually ni bukan book review totally. Sebab buku yang ni dia macam compilation banyak-banyak cerita kat dalam and im so interested kat cerita yang paling last dalam sequel ni thats is, Pig Heart. Dan ni bukan book review sebab saya cuma nak share moral yang saya rasa nak kongsi dan saya rasa the moral from this story is so so gold. cewah!


Bagi saya, banyak moral yang Tunku Halim nak selitkan dalam cerita ni based on Malaysia today. Moralnya tersurat dan tersirat yang kita rasa sangat-sangat dekat dengan kita. So let;s start!

1) Gelaran "Datuk" ni bagi kat orang macam main tikam je.
Macam yang kita sedia tahu, nak dapat gelaran 'datuk ni' other than kita mempunyai cucu sangatlah susah. Takdelah susah macam, kita kena ada sesuatu yang kita buat untuk negara. Contoh macam Datuk Lee Chong Wei, main badminton mewakili negara, angkat nama Malaysia dsb so he deserves that. Dan dalam cerita ni, Khairul selaku lelaki yang ditransplantkan dengan pig's heart ni dapat gelaran 'Datuk', sebab popular tiba-tiba dengan kes dia ditransplantkan dengan pig's heart instead of human one. Dan benda ni jadi kat Malaysia juga, semua pun pernah dengar tentang individu-individu yang dapat gelaran Datuk while kita pun tercari-cari apa yang dia buat untuk Malaysia.

2) Babi saja yang haram.
Jangan keliru dengan poin. Hehe. Baca dulu. Dalam cerita ni dikisahkan Khairul dan Anna berpegangan tangan masa dorang kat oversea. Dan tengah sibuk nak cari kedai makanan halal. Jadi kita tengok Malaysia hari ni juga, kita cuma sibuk mengharamkan yang jelas haram padahal yang kita simpan yang haram kita diam-diamkan. Kita tak jadikannya haram. Contohnya, punya menentang lagi pasal makan babi (sebab kita tahu jelas-jelas haram) tapi ada masa yang sama juga kita buat kerja-kerja rasuah, makan duit anak yatim, buat riba' dalam perniagaan, tak kira lagi tidur dengan gf/bf dan segala yang haram yang tak jelas haram tu. Yang tahu,babi sajalah yang haram.

3) Fanatik agama.
Ada juga. Dalam ni ada Hamdan, ahli Abu Al-Jihad Youth Society yang marah betul dengan si Khairul yang pada anggapan mereka (satu kelab tu) memang sudi je nak transplant pig's heart tu padahal Khairul sign agreement tu dalam keadaan dia separa sedar, yelah baru lepas eksiden kena langgar kot. Si Hamdan ni pula nak diparangnya si Khairul masa dia buat press conference. Dan ending cerita ni pun, Khairul dan Selva mati sebab kena parang si Hamdan. Hamdan ni, dia kata Khairul ni satu insult to Islam and Malays unity. Tapi satu benda dia kena timbang tara kan. Bukan nya nak pun si Khairul tu pig's heart tu. Dia tak sedar agreement yang dia sign tu kata dia akan diberikan bioengeneered pig's heart. Punya dia hasut semua ahli kelab tu nak benci Khairul. Dan kalau perasan masa mula-mula dia ada kata "aku banyak berjuang untuk agama tak dapat apa pun, lelaki yang ada benda haram berdegup dalam tubuhnya pula yang dapat gelaran 'datuk'?" Seakan-akan point kedua di atas juga, dikatanya babi itu haram etc, tapi last-last dia pergi bunuh si Khairul. I believe, killing is prohibited in any religion. Nabi Muhammad صلى الله عليه وعلى آله وسلم pun ada ajar hemahnya dalam perkara agama, dan baginda selayaknya menjadi ikutan kita.

4) Ada orang buat macam nak tolong kita tapi sebenarnya tidak.
Dalam cerita ni, si Idris salah seorang trustee dalam Khairul Heart Foundation. Idris, Selva dan seorang individu Cina (lupa lak nama dia) tubuhkan Khairul Heart Foundation untuk tolong Khairul dapatkan dana untuk buat another heart tranplant, yang human punya, a muslim one lagi. Dah dapat banyak duit tapi Khairul tak dapat nak buat transplant terus sebab kan baru buat. Kena tunggu 12 months baru boleh buat yang lain. Nak tunggu masa tu lah si Idris pun lenyap bersama duit yang diberikan dalam Khairul Heart Foundation tu. Yang kawan dia yang berbangsa Cina dan Selva pun tak sangka Idris sanggup buat macam tu sebab dialah pencetus idea untuk tubuhkan Khairul Heart Foundation sebab nak tolong sangat-sangat si Khairul, tup-tup dia pulak hilang dengan duit tu.

5) Yang di mulut tak semestinya yang di hati.
Ni dalam hubungan Anna dan Khairul. Anna kata dia terima semua keadaan Khairul. Memang kalau korang baca pun macam betul-betul sayang je dia dengan Khairul dari ayat-ayat yang dia sebut. Tapi masa nak akad nikah tu, Anna hentikan majlis dan kata dia tak nak kawin dengan Khairul sebab dia kata Khairul memang saja nak pig's heart tu sebab nak terus hidup sebab kalau nak tunggu yang manusia punya macam agak lama, ada kemungkinan Khairul mati. Dia nak kata yang si Khairul ni atas kehendak sendiri mintak ditransplantkan dengan pig's heart tu, lepas tu kata memang saja suruh Idris lenyapkan duit dalam Khairul Heart Foundation sebab dah tak nak transplant yang manusia punya pulak dah. Punya dia tuduh bakal husband dan kekasih dia tu kaw-kaw sampaikan si Khairul kata dia memang saja buat semua tu sebab Khairul nak bagi Anna lepas dari nikah dengan dia dengan alasan yang kukuh dan buat Anna tak malu sangat. Dia terpaksa kata yang ya dia sengaja nak pig's heart tu, si saja suruh Idris larikan duit tu, siap kata dia dapat separuh lagi daripada duit tu (walhal tidak), sampaikan at last, Anna sedar yang Khairul saja ja kata benda yang dia nak dengar sebab nak puaskan hati Anna supaya tak nikah dengan dia. Dia pegi cari Khairul tapi Khairul dan mati kena tikam si Hamdan, si Hamdan siap tuduh Selva ni boyfriend si Khairul lagi. *facepalm* Apekah si Hamdan ni jugak.

So, thats its yang saya dapat tapis dari cerita tu. Benda yang kita boleh nampak berlaku dalam kehidupan seharian dan teguran Tunku Halim dalam cerita ni sangat-sangat gold to me. So, go grab it guys. Yang ni pun sequel yang kedua yang saya baca. Yang first dah baca 2 tahun lepas dah. I give it 7/10 untuk kedua-dua buku ni. Till then guys, bye. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan