Horror Stories by Tunku Halim

Assalamualaikum wbt & hi there. Actually ni bukan book review totally. Sebab buku yang ni dia macam compilation banyak-banyak cerita kat dalam and im so interested kat cerita yang paling last dalam sequel ni thats is, Pig Heart. Dan ni bukan book review sebab saya cuma nak share moral yang saya rasa nak kongsi dan saya rasa the moral from this story is so so gold. cewah!


Bagi saya, banyak moral yang Tunku Halim nak selitkan dalam cerita ni based on Malaysia today. Moralnya tersurat dan tersirat yang kita rasa sangat-sangat dekat dengan kita. So let;s start!

1) Gelaran "Datuk" ni bagi kat orang macam main tikam je.
Macam yang kita sedia tahu, nak dapat gelaran 'datuk ni' other than kita mempunyai cucu sangatlah susah. Takdelah susah macam, kita kena ada sesuatu yang kita buat untuk negara. Contoh macam Datuk Lee Chong Wei, main badminton mewakili negara, angkat nama Malaysia dsb so he deserves that. Dan dalam cerita ni, Khairul selaku lelaki yang ditransplantkan dengan pig's heart ni dapat gelaran 'Datuk', sebab popular tiba-tiba dengan kes dia ditransplantkan dengan pig's heart instead of human one. Dan benda ni jadi kat Malaysia juga, semua pun pernah dengar tentang individu-individu yang dapat gelaran Datuk while kita pun tercari-cari apa yang dia buat untuk Malaysia.

2) Babi saja yang haram.
Jangan keliru dengan poin. Hehe. Baca dulu. Dalam cerita ni dikisahkan Khairul dan Anna berpegangan tangan masa dorang kat oversea. Dan tengah sibuk nak cari kedai makanan halal. Jadi kita tengok Malaysia hari ni juga, kita cuma sibuk mengharamkan yang jelas haram padahal yang kita simpan yang haram kita diam-diamkan. Kita tak jadikannya haram. Contohnya, punya menentang lagi pasal makan babi (sebab kita tahu jelas-jelas haram) tapi ada masa yang sama juga kita buat kerja-kerja rasuah, makan duit anak yatim, buat riba' dalam perniagaan, tak kira lagi tidur dengan gf/bf dan segala yang haram yang tak jelas haram tu. Yang tahu,babi sajalah yang haram.

3) Fanatik agama.
Ada juga. Dalam ni ada Hamdan, ahli Abu Al-Jihad Youth Society yang marah betul dengan si Khairul yang pada anggapan mereka (satu kelab tu) memang sudi je nak transplant pig's heart tu padahal Khairul sign agreement tu dalam keadaan dia separa sedar, yelah baru lepas eksiden kena langgar kot. Si Hamdan ni pula nak diparangnya si Khairul masa dia buat press conference. Dan ending cerita ni pun, Khairul dan Selva mati sebab kena parang si Hamdan. Hamdan ni, dia kata Khairul ni satu insult to Islam and Malays unity. Tapi satu benda dia kena timbang tara kan. Bukan nya nak pun si Khairul tu pig's heart tu. Dia tak sedar agreement yang dia sign tu kata dia akan diberikan bioengeneered pig's heart. Punya dia hasut semua ahli kelab tu nak benci Khairul. Dan kalau perasan masa mula-mula dia ada kata "aku banyak berjuang untuk agama tak dapat apa pun, lelaki yang ada benda haram berdegup dalam tubuhnya pula yang dapat gelaran 'datuk'?" Seakan-akan point kedua di atas juga, dikatanya babi itu haram etc, tapi last-last dia pergi bunuh si Khairul. I believe, killing is prohibited in any religion. Nabi Muhammad صلى الله عليه وعلى آله وسلم pun ada ajar hemahnya dalam perkara agama, dan baginda selayaknya menjadi ikutan kita.

4) Ada orang buat macam nak tolong kita tapi sebenarnya tidak.
Dalam cerita ni, si Idris salah seorang trustee dalam Khairul Heart Foundation. Idris, Selva dan seorang individu Cina (lupa lak nama dia) tubuhkan Khairul Heart Foundation untuk tolong Khairul dapatkan dana untuk buat another heart tranplant, yang human punya, a muslim one lagi. Dah dapat banyak duit tapi Khairul tak dapat nak buat transplant terus sebab kan baru buat. Kena tunggu 12 months baru boleh buat yang lain. Nak tunggu masa tu lah si Idris pun lenyap bersama duit yang diberikan dalam Khairul Heart Foundation tu. Yang kawan dia yang berbangsa Cina dan Selva pun tak sangka Idris sanggup buat macam tu sebab dialah pencetus idea untuk tubuhkan Khairul Heart Foundation sebab nak tolong sangat-sangat si Khairul, tup-tup dia pulak hilang dengan duit tu.

5) Yang di mulut tak semestinya yang di hati.
Ni dalam hubungan Anna dan Khairul. Anna kata dia terima semua keadaan Khairul. Memang kalau korang baca pun macam betul-betul sayang je dia dengan Khairul dari ayat-ayat yang dia sebut. Tapi masa nak akad nikah tu, Anna hentikan majlis dan kata dia tak nak kawin dengan Khairul sebab dia kata Khairul memang saja nak pig's heart tu sebab nak terus hidup sebab kalau nak tunggu yang manusia punya macam agak lama, ada kemungkinan Khairul mati. Dia nak kata yang si Khairul ni atas kehendak sendiri mintak ditransplantkan dengan pig's heart tu, lepas tu kata memang saja suruh Idris lenyapkan duit dalam Khairul Heart Foundation sebab dah tak nak transplant yang manusia punya pulak dah. Punya dia tuduh bakal husband dan kekasih dia tu kaw-kaw sampaikan si Khairul kata dia memang saja buat semua tu sebab Khairul nak bagi Anna lepas dari nikah dengan dia dengan alasan yang kukuh dan buat Anna tak malu sangat. Dia terpaksa kata yang ya dia sengaja nak pig's heart tu, si saja suruh Idris larikan duit tu, siap kata dia dapat separuh lagi daripada duit tu (walhal tidak), sampaikan at last, Anna sedar yang Khairul saja ja kata benda yang dia nak dengar sebab nak puaskan hati Anna supaya tak nikah dengan dia. Dia pegi cari Khairul tapi Khairul dan mati kena tikam si Hamdan, si Hamdan siap tuduh Selva ni boyfriend si Khairul lagi. *facepalm* Apekah si Hamdan ni jugak.

So, thats its yang saya dapat tapis dari cerita tu. Benda yang kita boleh nampak berlaku dalam kehidupan seharian dan teguran Tunku Halim dalam cerita ni sangat-sangat gold to me. So, go grab it guys. Yang ni pun sequel yang kedua yang saya baca. Yang first dah baca 2 tahun lepas dah. I give it 7/10 untuk kedua-dua buku ni. Till then guys, bye. 

Konspirasi Babylon by Ustaz Au'ni dan Ibnu Yaacob


Hi, assalamualaikum w.b.t. Review buku yang pertama ialah tentang buku ketiga yang saya dah baca dalam tahun 2018 ni. Tajuknya Konspirasi Babylon yang ditulis oleh Ustaz Au'ni dan Ibnu Yaacob. Macam yang semua sedia maklum, Ustaz Au'ni memang penceramah agama, juga banyak bagi ceramah tentang dajjal, freemason dan perkara disebalik tu semualah. Banyak kat facebook, korang tinggal search je lagi :)

Buku ni tak tebal, nipis je dan obviously in BM yang bahasanya sangat mudahlah untuk difahami. Sangat sistematik bila dimulakan dengan benda konseptual that is perkenalkan ilmu eskatologi dan ilmu fitan dulu. Maka, sepanjang pembacaan you guys akan fahamlah apa yang diceritakan.

Yang saya feveret sangat kat buku ni ialah, first, saya memang minat benda-benda tentang freemason ni. Second, di bahagian belakang hard cover ada tulis briefly apa yang akan diceritakan macam rahsia pertemuan Nabi Ibrahim dengan Nabi Nuh, Kerajaan Namrud adalah kerajaan gergasi?, anak Nabi Ishak cuba membunuh anak Namrud, empayar Rom sembunyikan pakaian Nabi Adam etc. Baca tu pun dah rasa macam nak tahu sangat-sangat apa kisah yang akan diketengahkan.

Third, fakta yang diceritakan keep me guessing apa sebenarnya kisah disebalik fakta tu.Kenapa jadi macam tu. Semua soalan 5W 1H tu keluarlah. Dan dengan itu juga lah saya dengah gigihnya study salasilah kehidupan manusia bermula dengan Nabi Adam a.s. Tengoklah betapa mencetuskan inkuirinya buku ni hehe.

Fourth, part yang best yang saya rasa masa mula-mula dan part freemason. Yang mula tu kisah Namrud (he got a lot of name). Dan fyi, Namrud ni dari salasilah keluarga Nabi Nuh. Nabi Nuh ada 3 orang anak : Ham, Shem dan Yafits. Dari Ham lahirlah Cush yang merupakan ayah Namrud. Nampak tak betapa dekatnya Namrud, individu pertama yang mengaku dirinya Tuhan, dengan Nabi Nuh. Kat sini juga jelas tunjuk yang iman memang TAK dapat diwarisi. Dan disini juga lah berlakunya sumbang mahram yang pertama di muka bumi yang mana isteri Cush, Semiramis, merangkap ibu Namrud, berkahwin dengan Namrud sebab dia nak kekalkan kedudukan permaisuri raja kerajaan Babylon. Part mula ni, sampai kisah jubah Nabi Adam aku suka. Really gives me new brand knowledge. Yang mana Namrud kuat kan? Antara asbab kekuatan dia ialah dia pakai jubah Nabi Adam. Diceritakan dalam buku ni, setelah dibuang ke bumi oleh Allah SWT, Nabi Adam diberikan jubah dari syurga untuk menutup auratnya, kan Nabi Adam dan Hawa dah termasuk hasutan syaitan untuk memakan buah khuldi dan sebaik saja makan buah tu, aurat mereka pun terdedah sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 20 :

" Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata 'Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (di dalamnya)."

Jadi jubah tu diwarisi dan diwarisi sehinggalah ke Nabi Nuh. Dan selepas bahtera Nuh mendarat di Gunung Ararat, Armenia, Ham pun curi jubah tu. Dia bagi kat Cush dan Cush bagi kat Namrud. Tu antara faktor Namrud kuat, sebab jubah Nabi Adam dari syurga dan ada keistimewaannya.

Part pendedahan freemason pun menarik juga which is cerita tentang rahsia-rahsia disebalik freemason dan illuminati. Perkaitan freemason dengan agama pagan dari Babylon semasa zaman Namrud. Bagaimana boleh terserap ke masa kini dan kaedah-kaedah menyembunyikan freemason ni dalam nama-nama yang dicipta oleh Rothschild.

Buku ni seriously keep me turning the pages. Susah gile nak tinggalkan sebab persoalan bertambah banyak dan banyak yang saya sendiri pun nak soalan tu terjawab terus. Itu yang melekat dengan buku ni dan khatamkan dia dalam masa seminggu despite kesibukkan dengan kerja kursus semua hehe.

Dan saya nak rekomenkan kat siapa-siapa yang minat benda-benda macam ni (genre kan lain-lain) memang you guys WAJIB beli dan baca buku ni (or pinjam lah hehe). Satu buku yang sangat-sangat membuka minda kita dan memberi pengetahuan yang baru yang kita tak pernah tahu dan ambil tahu pun selama ni. Bagi peminat setia baca blog the other khairul (even dan stop operating zz) memang patutlah baca buku ni. Highly recommended!

Last but not least, saya bagi 9 out of 10 untuk buku ni. Why 9, bukan salah penulis, tapi organisasi Iluminati dan Freemason sendiri tak sebarkan sejarah diorang sehingga pengikut freemason dan illuminati tak tahu sejarah organisasi tersebut (menurut pengasas buat macam ni untuk keep them guessing what is freemason and illuminati so that they can be loyal to the organization) . Part tu yang saya nak tahu sangat juga tapi, they themselve dont reveal it so I cant expect such things to be written inside this book. Hoping for another series (kalau ada hehe) that can reveal more interesting ideas.

Itu sahaja untuk book review. Any question? Feel free to ask. See you guys in another blog post, InsyaAllah.

Sekian, assalamualaikum.

Random Post

Assalamualaikum dan selamat petang ! Its has been a long time, lama gile tak update apa-apa, kan?

So hari ni update lah sesuatu nak menunjukkan yang diri ini hidup lagi. Alhamdulillah. Ni pun lepas rajin menyinggah di blog sendiri beberapa hari lepas. Pagi tadi start godek-godek sikit terutama art gambar webmistress tu. I buat sendiri tau, tapi guna Microsoft Powerpoint je dengan berbantukan gambar ehsan Pak Cik Google. So thats it.

Tadi tengok pasal masalah nuffnang punya iklan tak keluar-keluar, sakit pulak hati. Baru ingat nak start menabung. Abu-abu je ni. Dan tak solve lagi masalahnya pasal saya pun tak tau macam mana nak kasi selesai masalahnya. Tapi bila bukak guna Mozilla nak pulak dia. Btw, my regular choice is Google Chrome, memang tak berbelah bagi setianya guna GC. Hm. Abaikan jelah.

And, ni tahun ketiga degree I. Yay, dua tahun lagi tinggal. Currently di semester 4. Total ada 8 semester. Dan sekarang ni memang kat peak la sebab dah start busy. Ada buat RPH semua. Sekarang pun musim assignment, dengan nak pergi pertandingan inovasi lagi. Ada masa nanti ceritalah okay? Tapi degree life memang penat, tapi pemalas macam saya ada je ruang nak rehat-rehat, membuta dan berjimba. Hehe, mana taknya asyik nak balik je kerjanya hujung minggu. Hehehe...

And yes. Saya tak berubah apa pun dari zaman start blogging sampailah sekarang. Rendah tu jugaklah rupa dia. Cuma sekarang lebih bahagialah sikit. Okay, sampai sini ajelah rasanya sebab nak mengisi perut dah ni. Harap dipertemukan lagi di masa akan datang. Eceh ayat skema cikgu-cikgu gittew. Assalamualaikum.